Thursday 25 October 2012

SALAM AIDILADHA

Assalamualaikum....

Tak sabar rasanya untuk pulang berhari raya di kampong halamanku. Pasti ketibaanku disambut oleh nenekku (mok aji) dan biasanya first time jumpa dia akan menyuruh aku “basuh kain mok”. Hahaha...even aku baru jer sampai rumah. Pg nie aku akan menaiki bas dan InsyaAllah akan selamat sampai di bandar Kota Bharu sekitar 4.30 petang. Salam AidilAdha kpd semua ummat Islam di seluruh dunia. Kpd kawan2, ampun dan maaf seandainya pernah membuat kesilapan dan berkecil hati, sesungguhnya diri ini tidak bermaksud sedemikian rupa. Salam AidilAdha drpdku yg berada di perantauan.. 


Tuesday 23 October 2012

Selalulah Di Sisiku

Assalamualaikum....

Ya Allah, sentiasalah berada di sampingku. Sesungguhnya, ku hanya mengharapkan cinta daripada-Mu Mencintai Allah merupakan anugerah cinta yg terindah bagi diriku kerna ianya adalah cinta abadi seorang hamba kpd Penciptanya. Cinta manusia tidak akan kekal lama, ia akan pudar ditelan zaman. Ya Allah, ku mohon pada-Mu sentiasalah berada di sisiku tidak kira pd waktu susah dan senang kerana diri ini hanya mengharapkan perlindungan daripada-Mu Ya Allah......SUBHANALLAH...

Saturday 13 October 2012

Nafas baru

Assalamualaikum

Sesuatu yg indah pasti akan hadir jua dlm hidup ini suatu hari nanti. Semua rasa sedih, gembira dan duka merupakan kurniaan Ilahi yg di anugerahkan kpd setiap hamba-Nya utk berfikir dan menyelami hakikat sebenar atas setiap perkara yg berlaku. Ku redha dgn apa yg telah berlaku selama ini. Apa yg ku harapkan ialah impian yg ku impikan selama ini akan tercapai jua suatu hari nanti. Allah S.W.T sahaja yg berhak menentukan apa yg terbaik dlm hidupku. Doaku agar Allah S.W.T menunjukkan kehidupan yg terbaik utk diri dan keluargaku yg tercinta, keluarga yg sentiasa berada di sisiku tidak kira susah dan senang.

Ku serahkan segala urusanku (rezeki, kematian, cinta dan hidupku) hanya pd Allah S.W.T. Ku terima segala ketentuan Ilahi dgn hati yg redha. Apa yg pasti redha Allah juga terletak pd redha kedua ibu bapa. Maka, utk mendapatkan keredhaan yg hakiki, setiap anak haruslah berbuat baik dgn kedua ibu bapa mereka.  

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

Ku hanya mampu bersujud

Assalamualaikum

Semester lepas merupakan semester yg sangat kritikal bagiku kerana beberapa perkara yg sangat sukar telah berlaku. Dari situ, aku telah belajar sesuatu yg sangat berharga iaitu mendekatkan diri kpd Allah Yang Maha Kuasa. Di mana pd suatu saat perlunya kita bergantung kpd-Nya 100% tanpa ada rasa ragu2 dan was2. Alhamdulillah, Allah S.W.T telah mempermudahkan segala urusanku selepas itu. Diri berasa sangat kerdil di hadapan Allah S.W.T saat diri ini memohon pertolongan dan perlindungan dari-Nya. Benarlah janji Allah yg berfirman:


وَمَا تَشَآءُونَ إِلاَّ أَن يَشَآءَ اللَّهُ رَبُّ الْعَـلَمِين

Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. [At-Takwir (81) :29]

Kadang2, Allah S.W.T  ingin memberikan sesuatu hikmah kepada kita namun dgn cara yg berbeza. Mungkin ada org yg mendapatkan kejayaan cth dlm pelajaran dgn cara yg mudah/senang tetapi ada segelintir insan yg diuji dgn pelbagai kesusahan terlebih dahulu sebelum diberikan kejayaan yg hakiki. Dari sini, kita akan mulai menyedari erti sebenar kehidupan iaitu bukan semua yg dirancang akan berjalan dgn sempurna. Kita hanya mampu merancang tetapi hanya Allah S.W.T sahaja yg menentukannya.

Sentiasalah kita mendekatkan diri kpd Allah S.W.T setiap masa dan berdoalah dgn seikhlas hati. Semoga segala hasrat yg terpendam di hati akan dimakbulkan oleh-Nya. Alangkah indahnya hidup ini jika kita sentiasa bermuhasabah diri kpd Allah Yang Maha Esa (peringatan utk diri sendiri). Semoga Allah S.W.T sentiasa berada di sisi kita semua saat susah mahupun senang.

Ya Allah, sesungguhnya hambamu ini sentiasa leka dgn nikmatmu. Ampunilah segala dosa-dosaku di dunia ini. Aminn Ya Ra’bal A'lamin....


Thursday 11 October 2012

Not the first time

Assalamualaikum....

This is my second blog. Actually this is not the first time I’m in blogging world. I hope this new blog will give new spirit to me and all followers. Have a good day. Salam...