Saturday 24 November 2012

Financial Management

Asslamualaikum


Pagi ini sekitar pukul 8.30pg aku telah menghadiri satu taklimat yg telah dianjurkan oleh pihak AKPK dengan kerjasama PTPTN kepada pelajar yg berada di tahun akhir pengajian mereka. AKPK singkatan kepada “Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit”. Pada pendapat aku, program sebegini patut diteruskan kerana bukan semua orang pandai menguruskan wang perbelanjaan mereka, cthnya akulah.hahahaha...



Dalam ceramah ini, beliau menyatakan bahawa keperluan diutamakan dan menangguhkan kehendak. Kita biasanya lebih mengutamakan kehendak lebih daripada keperluan hidup. Jadi, berlakulah "over budget". Memang aku bagi 5 star lah kat program tadi, sangat membantu dalam kita menjalani kehidupan apabila sudah berada di alam pekerjaan kelak.


Selain itu, pihak PTPTN juga turut memberikan penerangan tentang cara bayaran balik PTPTN kepada para peminjam PTPTN. Akulah tu...InsyaAllah, aku akan tunaikan apa yg telah termaktub dalam perjanjian tersebut. Memang sudah menjadi kewajiban kita sebagai manusia, jika berhutang wajib bayar..hehehe...Alhamdulillah, at least aku dapat general knowledge daripada menghadiri program tersebut. 

1 comments:

  1. Betul tu akak, tapi yg sedihnya ramai yg tak dtg dgr taklimat, kasihan kat pihak PTPTN,,huhu..

    ReplyDelete