Tuesday 1 January 2013

WELCOME 2013


Assalamualaikum

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dipanjangkan usia utk melangkah ke tahun 2013. Goodbye 2012 and welcome 2013. Sepanjang tahun 2012, terlalu banyak peristiwa yg tidak akan dapat aku lupakan. Susah, senang, suka, duka dan pahit manis akan tersemat dalam fikiranku sebagai kenangan. Aku ingin memulakan tahun baru ini dgn azam baru, menjadi hamba yg lebih bertakwa kpd Allah S.W.T dan anak yg solehah kpd kedua org tuaku. Aku juga ingin menjadi Miss EG yg baru, yg lebih bersemangat dalam mengejar cita-cita dan kerjaya. InsyaAllah, dengan izin Allah S.W.T dan restu drpd mak dan abah, segalanya akan tercapai. Tahun 2013 ini juga bakal membuka lembaran baru dalam hidup aku. Mengejar kerjaya is my priority tetapi tidak akan sesekali mengabaikan tanggungjawab seorg hamba dan anak.


Tahun 2013 juga aku akan meninggalkan dunia kampus, tempat aku menimba ilmu selama hampir 4 tahun iaitu bermula dari tahun 2009 - Jan 2013. Di sinilah aku mula mengenal erti sebuah kehidupan, belajar menilai pelbagai ragam manusia, cara berdikari, how to manage my PTPTN loan dan sebagainya. Terasa macam tulis karangan Bahasa Melayu lah pulak. Haish...

Apa yg paling penting bila masuk tahun baru ini ialah peningkatan usia yg tidak dapat lagi aku elakkan. Huhu...adik aku kata “tu pun takut, tu kan just number”. Yes, it is just number and I believe that I’m still young. Aku juga perlu matang dlm berfikir selari dgn usiaku ini. Actually, tak lah tua sgt pun, aku masih dlm lingkungan usia 20-an. Hahaha,,,


Good luck to all of you. Happy 2013... 

0 comments:

Post a Comment