Wednesday 16 January 2013

Officially Freedom

Assalamualaikum


Ketika aku update blog ini, aku officially telah berjaya menamatkan final exam bagi semester ketujuh dalam pengajianku. Terasa segala beban di bahu telah hilang terus. InsyaAllah, semoga mendapat result yg baik..kadang-kadang macam tak percaya pun ada juga bila ingat balik yang selepas nie dah tak ada final exam dah. Barang-barang semua sudah siap kemas tunggu nak bawak naik bas jer pagi esok. Terharu sangat kerana Easy dan Zaty sudi untuk menghantar aku ke bus stop besok. Siti dan Mie tak dapat hantar sebab sebelah petangnya, mereka masih ada exam lagi. Good luck to both of you k.

look at for next journey 
Aku harap juga agar Siti mendapat roommate yang jauh lebih baik daripada aku untuk semester depan. Jangan sedih yer Siti, nanti bulan depan pergilah bertandang ke rumah aku. Nanti kita pergi sama-sama ke walimatul urus Syasya. Mesti best kan??? Selamat menjalani FYP dengan cemerlang dan jangan terlalu stress, kesihatan kena jaga jugak tau. Pandai aku bila bagi nasihat kat orang, diri sendiri pun sama jugak...kahkahkah

Kepada kawan-kawanku yang praktikal area Penang atau negeri lain, selamat maju jaya aku ucapkan. Jangan cepat stress tau. Kalau ada masalah...aku sedia mendengar setiap keluhan dan masalah korang. Buat kawan-kawanku yang praktikal kat Kelantan dan Terengganu, hehe....all the best tau. Nampaknya yang Terengganu tu bolehlah selalu turun kat Kelantan, nanti calling-callinglah cik Ana yer, aku sedia pergi menjemputmu. Tak sabar nak jumpa dgn Ana dan Easy nanti. Hahaha,,,

Ok lah, good luck kepada semua kawan-kawanku. Ampun dan maaf atas segala salah dan silap sepanjang perkenalan kita ini.

Assalamualaikum....      

0 comments:

Post a Comment