Saturday 13 October 2012

Nafas baru

Assalamualaikum


Sesuatu yg indah pasti akan hadir jua dlm hidup ini suatu hari nanti. Semua rasa sedih, gembira dan duka merupakan kurniaan Ilahi yg di anugerahkan kpd setiap hamba-Nya utk berfikir dan menyelami hakikat sebenar atas setiap perkara yg berlaku. Ku redha dgn apa yg telah berlaku selama ini. Apa yg ku harapkan ialah impian yg ku impikan selama ini akan tercapai jua suatu hari nanti. Allah S.W.T sahaja yg berhak menentukan apa yg terbaik dlm hidupku. Doaku agar Allah S.W.T menunjukkan kehidupan yg terbaik utk diri dan keluargaku yg tercinta, keluarga yg sentiasa berada di sisiku tidak kira susah dan senang.

Ku serahkan segala urusanku (rezeki, kematian, cinta dan hidupku) hanya pd Allah S.W.T. Ku terima segala ketentuan Ilahi dgn hati yg redha. Apa yg pasti redha Allah juga terletak pd redha kedua ibu bapa. Maka, utk mendapatkan keredhaan yg hakiki, setiap anak haruslah berbuat baik dgn kedua ibu bapa mereka.  

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

0 comments:

Post a Comment