Wednesday 28 November 2012

BORED

Assalamualaikum, 





Petang yg sungguh santai. Balik dari kelas tadi pukul 1 tapi tak tahu nak buat apa.

So, aku pun buat2 bz dgn tgk citer Adam & Hawa dan dgr lagu.

Hari ini juga aku dgn siti mcm bertukar shift pulak. Aku balik dari kelas, siti pula pergi kelas. Katanya pukul 8 mlm baru balik sbb nak buat eksperimen dlm lab. Hai, bosanlah aku sorang2 ptg nie.

Alhadulillah, tadi juga aku telah hantar assignment yg menyebabkan aku sakit kepala dan bimbang.

Nak study rasa mcm malas lagi. Tunggu mlm nie lah baru buat latihan pengiraan.

Teringat lecturer bagi warning kat semua student dia supaya dtg kelas awal pg esk utk dgr talk. insyaAllah, aku akan dtg awal, tu pun kalau tak berebut naik bas dgn student lain.

Baru ingt Mie tak dtg kelas pg nie, mesti tak larat sbb xcident semalam. Lupa nak g lawat dia kat bilik dia. Tu lah, siapa suruh banyak ckp sgt sampaikan lupa. Bila tgk phone ada 2 missed calls, rupa2nya dia ada call aku pg tadi. Bijak2,  call lepas hbs kelas.

Doaku semoga Mie cepat sembuh dan dpt join program hujung minggu nie.

J Ops. Lupa nak bagi tahu yg Mie tu perempuan. Abah aku selalu jer keliru ingtkan Mie tu lelaki. Hahaha... 






Saturday 24 November 2012

Financial Management

Asslamualaikum

Pagi ini sekitar pukul 8.30pg aku telah menghadiri satu taklimat yg telah dianjurkan oleh pihak AKPK dengan kerjasama PTPTN kepada pelajar yg berada di tahun akhir pengajian mereka. AKPK singkatan kepada “Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit”. Pada pendapat aku, program sebegini patut diteruskan kerana bukan semua orang pandai menguruskan wang perbelanjaan mereka, cthnya akulah.hahahaha...



Dalam ceramah ini, beliau menyatakan bahawa keperluan diutamakan dan menangguhkan kehendak. Kita biasanya lebih mengutamakan kehendak lebih daripada keperluan hidup. Jadi, berlakulah "over budget". Memang aku bagi 5 star lah kat program tadi, sangat membantu dalam kita menjalani kehidupan apabila sudah berada di alam pekerjaan kelak.


Selain itu, pihak PTPTN juga turut memberikan penerangan tentang cara bayaran balik PTPTN kepada para peminjam PTPTN. Akulah tu...InsyaAllah, aku akan tunaikan apa yg telah termaktub dalam perjanjian tersebut. Memang sudah menjadi kewajiban kita sebagai manusia, jika berhutang wajib bayar..hehehe...Alhamdulillah, at least aku dapat general knowledge daripada menghadiri program tersebut. 

BUNGA TISU



Buat masa ini agak bz dgn assignment yg nak dihantar. Tak sempat nak tulis cara2 utk membuatnya. Sempat upload jer dulu, but trust me, cara membuatnya sgt senang..next time, i will teach you all how to make it.  


Friday 23 November 2012

LAST MINUTE

Assalamualaikum....

I not realized that time to flies so fast now. Next week I will submit my third assignment. Huhu, still not full finish because doing the last minute. So, to avoid from doing mistake in the last minute because this is my last semester before go to the internship programme, I take a great opportunity which is meet my lovely lecture. Hahaha,,,

I was waiting for her around 15 minutes because she had a class before that. When knock the door and heard her voice to “coming”, I said “good afternoon Dr with smile face”. We discussed about the assignment topic around half an hour. Now, I more clearly about that topic. What that interesting am I ask my lecture if she can “recheck” my assignment before I submit on the due date. She agrees to do for me. Thanks a lot Dr...


Wednesday 21 November 2012

The Critical Path

Assalamualaikum…

Tanpa sedar atau tidak, aku kini sudah hampir kepada penghujung pengajianku untuk semester ini. Hanya tinggal sebulan sahaja lagi untuk aku menghadiri kuliah sebelum membuat persiapan ke final exam. Final exam yang terakhir untuk diriku. Insyallah, next semester aku akan memulakan internship programku. Alhamdulillah, aku telah berjaya mendapat tempat untuk internship, syukur kepada Allah S.W.T kerana mempermudahkan segala urusanku.

Aku yakin dan pasti semester hadapan aku akan merindui saat-saat ketika belajar di alam universiti. Merindui rakan-rakan, lecture, dan roomateku. Tiada lagi study group atau assignment yang tertangguh dan memeningkan kepala aku. Pernah beberapa orang rakanku yang bertanya kepada aku tentang rancangan untuk sambung belajar, I mean untuk sambung sampai peringkat Master. Insyallah, jika diizinkan oleh-Nya memang ada hasrat untuk sambung Master tetapi aku tidak pasti lagi universiti mana yang aku akan pilih. Aku akan bagitahu apabila sampai masanya nanti. J


Mungkin aku akan mengikut jejak langkah sepupuku yang menyambung pengajiannya hingga ke pringkat PhD. Orang kata jika hendak sambung biarlah sambung sampai PhD terus. Cuma apa yang pasti, at this time I must to complete my degree first..very critical time to finish my study…fikiran nie selalu jer risau memikirkan masa hadapan. Doakan kejayaan aku disini. Salam. 

Saturday 3 November 2012

I have a dream

Assalamualaikum

Setiap insan pasti mendambakan kebahagian dalam hidup mereka suatu hari nanti. Setiap hari kita memasang impian dan angan-angan utk mencapai kebahagiaan tersebut. Terkadang kita tidak menyedari bahawa ia mungkin sukar utk digapai. Tapi, bak kata seorang guruku, tak salah utk kita memasang impian, kalau boleh impikanlah sesuatu yg luar biasa supaya kita akan berusaha utk memperolehnya kerna kita tidak dikenakan sebarang bayaran utk bermimpi. Tapi, apabila berada di satu tahap, kita perlu pasrah dan redha dgn apa yg telah Allah S.W.T kurniaankan dalam hidup ini. Redhalah apabila kita sudah puas berusaha namun tidak jua mampu utk mengapai mimpi tersebut. Di sini, yakinlah bahawa mimpi itu bukan hak milik kita. Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utk setiap hamba-hamba-Nya. Kita hanya mampu merancang namun Allah S.W.T jua yg menentukan.

Apa yg pasti, ku berharap agar dapat menjadi anak yg solehah dan taat pada kedua ibu bapaku yg tercinta serta menjadi hamba yg patuh atas segala suruhan dan larangan drpd Allah Yang Maha Pengasih. Sesungguhnya, diriku ini adalah milik-Nya. Ku jua mengharapkan agar cemerlang dalam kehidupan di dunia dan di akhirat bersama-sama dgn keluarga yg ku cintai. Aminn...


Friday 2 November 2012

MID-TERM

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, malam nie selesai sudah satu test iaitu Business Ethics. Nasib baik baca buku, semua soalan yg ditanya drpd buku. Tetapi, entah kenapa hati nie masih lagi teringat kat test tadi. Masa yg diperuntukkan hanya 1 jam 15 minit utk menjawab 75 soalan. Kelam-kabut aku nak menjawab soalan. Soalan yg ditanya jangan cakaplah, sangat mengelirukan ditambah pula dgn kes-kes yg berkaitan dgn etika. Habis jer test dan keluar dewan terus jer terasa “LAPAR”. So, aku dan kawan2 pun pergilah kat salah satu kedai makan yg berdekatan. Tak boleh pergi makan kat tempat jauh sebab dah malam dan tak manis dipandang orang. Call mak bagi tahu  yg test dah selesai, itu memang menjadi perkara wajib utk call tiap kali sebelum dan selepas test atau exam. Sambil tunggu makanan, aku dgn selambanya bukak text book aku. Kawan aku kata “eh jgn semaklah, kita ada 2 test lagi minggu depan, nanti asyik piker yg nie jer”. “tak apelah, hati aku tak sedap kalau tak tengok, biarlah salah ke betul ke as long as aku tahu jawapannya”. Memang macam tu lah selalunya kalau aku jawab test atau exam. Even roommate aku sendiri pun marah kalau aku semak lepas exam. Tabiat yg tak boleh diubah.



Bagiku, lebih baik aku tahu sekarang drpd tahu kemudian. Macam tipu diri sendiri jer rasanya. Tapi, aku betul2 risau pasal test tadi. Lecture pulak asyik dok tepi meja jer, nak pikir pon susah. Haish....minggu depan aku ada 1 presentation dan 2 test (hari yg sama) sebelum balik kg sebelah malamnya utk cuti mid semester. Hooreyyyy....INSYAALLAH.

Thursday 1 November 2012

Kopi secawan

Assalamualaikum,

Selamat melangkah ke bulan November. Tinggal 2 bulan jer lagi sebelum kita memasuki tahun 2013. InsyAllah..ptg2 begini sukar utk otak mentafsir maklumat yg dibaca, jadi spent masa sikit utk relaks dgn cara berblogging sambil ditemani oleh secawan kopi. Malam besok dah mid-term, tapi ada 3 chapters lagi yg belum aku cover. Harap sempatlah habis review sebelum masuk exam malam besok. Doakan kejayaan aku yer. Orang kata tak elok minum bnyk kopi sebab tak baik utk kesihatan, tapi aku jenis yang tak boleh berenggang dgn air kopi. Mesti minum punya, air kopilah peneman aku ketika study di waktu malam. Tangan dah letih nak taip ayat panjang2, jadi sampai sinilah dahulu yer buat kali nie. Wasalam.