Monday 24 December 2012

ZAMAN NAKALKU


Assalamualaikum

Bila sebut sahaja zaman kecil2 dahulu, pasti akan ada peristiwa yg tak dapat dilupakan bukan sahaja kpd aku malahan org lain juga. Masa aku kecil dahulu, aku terlalu hyperactive dan talkative. Aku suka buat perkara yg akan mendatangkan kemarahan org lain. Pantang ada benda dlm rumah yg rosak, aku akan baiki. Kadang2 tu sampai berebut-rebut dgn abah, yg seronoknya abah turut akan ajar aku cara2 utk baiki itu dan ini. Haha, kata abah kita kena belajar sesuatu supaya tidak terlalu bergantung kpd org lain bila besar nanti. Aku sayang sgt kat abah. Macam2 yg aku baiki hinggalah mendapat kepercayaan drpd mak dan abah utk baiki something yg basic sendiri. Memang dari kecil lagi sekitar usia 7 tahun abah telah ajar aku cara utk berdikari. Aku akui kata2 seorang pensyarahku iaitu anak yg tengah nie lebih berdikari drpd anak sulung dan bongsu. Haha, Alhamdulillah, sampai sekarang aku mampu utk berdiri atas kaki sendiri.

Oleh itu, aku sentiasa diamanahkan utk membeli barang2 di kedai. Hai, tak ada muka lain ke yg nak ke kedai sampaikan tuan kedai tu dah cam muka aku. Jalan tu kalau boleh bercakap mesti dia akan kata yg dia dah muak tgh muka aku tiap2 hari. Tapi nak buat mcm mana, arahan mak tak boleh langgar nanti dosa tau. Ada suatu hari tu, CD player kat rumah aku rosak, masa tu teknologi tak berapa nak advance mcm hari ini. Aku nak baiki tapi mak suruh tunggu abah pulang drpd kerja. Tetapi kerana sikap yg tak sabar aku nie, aku tekad juga utk baiki sendiri tanpa tunggu abah balik. Bila tengok line clear jer sebab mak masa tu ada kat dapur, aku terus ambil screwdriver abah dan memulakan process baik pulih tersebut. Tengah aku dok check apa yg rosak, aku tak sedar yg mak ada kat belakang dan apa lagi mengamuklah mak marah kat aku. Hahaha, aku boleh ketawa jer. Balik sahaja abah, mak terus cerita tentang hal aku. Tapi abah boleh siap tanya lagi kat aku samada aku dapat baiki ke tak. Hahaha, terbaiklah abah.


Zaman kanak-kanakku sgt best dan sampai sekarang pun akan tersenyum sendiri bila teringat kembali kenangan tersebut. Tapi sekarang perangai dah berubah sedikit, hahaha, tak lagi degil mcm dulu, lebih polite...yer ker? Banyak kenangan aku masa kecil yg tak dapat aku lupakan dan tak boleh dibeli dgn wang ringgit. 

Saturday 22 December 2012

HAPPY BRITHDAY ABAH


Assalamualaikum....

Hari nie my dad birthday atau bahasa melayunya hari lahir. Tapi sayang aku tak ada kat rumah pulak utk celebrate birthday bersama Abah. Hari ini adik bongsuku selamat sampai di rumah, Alhamdulillah dan rancangannya nak buat surprise kat abah..tak tahulah apa surprisenya yg dia nak buat dgn kak aku sorang lagi tu. Tolong wakilkan aku sekali yer J


pinjam picture from uncle Google

Pagi2 lagi aku dah call utk wish kat Abah and luckly Abah yg pick up the phone. Apa-apa pun, EG doakan agar Abah dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki. Semoga Abah sentiasa bahagia dan ceria selalu bersama mak yg dicintai..

U KNOW HOW MUCH I LOVE U ALL

Rindu Abah, Rindu Mak

We love Abah....

Wednesday 19 December 2012

LAST CLASS

Assalamualaikum

Hari ini secara officially, berakhirlah sesi kejar mengejar ke kelas or dewan kuliah. Sayu jer hati bila tengok wajah lecturer yg dah anggap kami seperti anaknya sendiri. Perasaan sedih juga bertandang bila tengok wajah rakan2 dari negara China yg akan pulang semula ke tanah air mereka. Mungkin ada yg akan melakukan internship di Malaysia tapi aku yakin dan percaya ramai lagi yg akan internship kat China. Pengalaman suka dan duka selama berkawan dgn mereka selama 2 thn ini menjadi kenangan yg terindah utk dibawa pd masa hadapan. Hanya gambar sahaja yg akan menjadi pengubat rindu suatu hari nanti. Tadi pun, habis sahaja kelas, berjumpa dgn salah seorang kawanku, dan dia kata “this is our last class right?”, terus peluk dgn perasaan yg sayu sgt (yg aku peluk nie girl ok).

Thank you for my lecturers and friends..always remember u 


Maka, selepas ini bermulalah internshipku yg berbaki sebulan lebih sahaja dari sekarang. Semoga aku akan berjumpa kembali dgn rakan2 di hari konvokesyen kami nanti. InsyaAllah... semuanya dgn izin Allah S.W.T. Aku mula percaya kpd ungkapan “setiap pertemuan pasti akan ada perpisahannya”. Diharapkan dgn ilmu yg aku pelajari di alam universiti selama 4 thn ini akan mampu mematangkan kami utk menempuh hari2 yg mendatang yg pastinya penuh dgn cabaran dan rintangan. Ini hanyalah permulaan utk aku menuju ke arah kejayaan.

Different language but the meaning is the same.... :) 

Diharapkan, kami akan berjaya dalam kehidupan masing2 selepas ini. Good luck to all my friends for our last final exam tidak kiralah dari Malaysia atau China. Selamat memulakan pelayaran baru selepas ini. 

USAHA + TAWAKAL = KEJAYAAN

I WILL MISS U GUYS  

Tuesday 18 December 2012

Penghibur Hatiku

Assalamualaikum

Lama benar aku tak update berita kat sini. Tak ada perkhabaran yg istimewa buat ketika ini cuma akhir2 ini aku agak sibuk utk mempersiapkan diri dgn ilmu yg penuh di dada sblm melangkah ke dewan peperiksaan akhir utk semester ini. InsyaAllah..


Jadi, ketika nak menghilangkan stress ketika menelaah buku, aku telah mengambil langkah bijak dgn download beberapa siri cerita Upin dan Ipin. Best sgt sbb jalan cerita kanak2, suasana yg harmoni dan dapat menenangkan minda. Haha...macam budak2 lah pulak rasanya. 




Dulu, masa bulan Ramadhan, pernah keluargaku buat majlis berbuka puasa bersama sanak-saudara dan ketika menunggu masuknya waktu utk berbuka puasa, kita orang yg tak kahwin lagi akan duduk dpn tv tgk cerita nie. Saudara yg dah kahwin 2 biasalah, mestilah kat dapur. Sedang asyik tgk Upin dan Ipin, tetiba jer dgr suara “betul, betul, betul” dari dapur. Habis satu ruang tamu ketawa sbb yg cakap macam 2 adalah sepupu aku yg dah ada anak 2. Maknanya, cerita nie tidak mengira lapisan umur lah. Semua available. Lagipun, jalan cerita dia bnyk memberi pengajaran kpd kita terutamanya budak2 kecil.   
     

Wednesday 5 December 2012

Dilemma Final Year Student

Assalamualaikum

Apabila berada di tahun akhir pengajian, rata2nya akan mula berfikir tentang masa depan. Masing2 mula membuat perancangan, ada yg akan mendirikan masjid selepas tamat belajar, mencari kerja dan menyambung pengajian. Ramai kwnku yg bertanya perancanganku selepas ini. Tidak ketinggalan juga lectureku sendiri. Lalu, aku menyuarakan jua hasratku yg tersemat sekian lama utk menyambung pelajaranku ke peringkat yg lebih tinggi. Dr aku kata belajarlah jika ada peluang, jangan berhenti drpd menimba ilmu. Alhamdulillah, Dr aku sedia membantu jika memerlukan bantuan beliau. Cuma sekarang ini, aku sedang berfikir samada ingin menyambung terus atau bekerja dahulu buat seketika. Kata org, kalau dah start kerja nie kita akan rasa malas utk sambung. Betul ke macam 2?


Hopefully, aku dapat sambung belajar. Dulu, pernah aku bagitahu kat emak sebelum aku sambung degree yg suatu hari nanti aku nak sambung belajar sampai masters. Kata emak, completekan degree 2 dulu. Hehehe...rasa sayang kalau tak sambung belajar. Lagipun, umur muda lagi. Takkan dah nak fikir pasal kahwin kot?



So, doakan kejayaan aku dan semoga tercapai impianku ini. Good nite...sweet dream.