Saturday 13 October 2012

Ku hanya mampu bersujud

Assalamualaikum


Semester lepas merupakan semester yg sangat kritikal bagiku kerana beberapa perkara yg sangat sukar telah berlaku. Dari situ, aku telah belajar sesuatu yg sangat berharga iaitu mendekatkan diri kpd Allah Yang Maha Kuasa. Di mana pd suatu saat perlunya kita bergantung kpd-Nya 100% tanpa ada rasa ragu2 dan was2. Alhamdulillah, Allah S.W.T telah mempermudahkan segala urusanku selepas itu. Diri berasa sangat kerdil di hadapan Allah S.W.T saat diri ini memohon pertolongan dan perlindungan dari-Nya. Benarlah janji Allah yg berfirman:


وَمَا تَشَآءُونَ إِلاَّ أَن يَشَآءَ اللَّهُ رَبُّ الْعَـلَمِين

Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. [At-Takwir (81) :29]

Kadang2, Allah S.W.T  ingin memberikan sesuatu hikmah kepada kita namun dgn cara yg berbeza. Mungkin ada org yg mendapatkan kejayaan cth dlm pelajaran dgn cara yg mudah/senang tetapi ada segelintir insan yg diuji dgn pelbagai kesusahan terlebih dahulu sebelum diberikan kejayaan yg hakiki. Dari sini, kita akan mulai menyedari erti sebenar kehidupan iaitu bukan semua yg dirancang akan berjalan dgn sempurna. Kita hanya mampu merancang tetapi hanya Allah S.W.T sahaja yg menentukannya.

Sentiasalah kita mendekatkan diri kpd Allah S.W.T setiap masa dan berdoalah dgn seikhlas hati. Semoga segala hasrat yg terpendam di hati akan dimakbulkan oleh-Nya. Alangkah indahnya hidup ini jika kita sentiasa bermuhasabah diri kpd Allah Yang Maha Esa (peringatan utk diri sendiri). Semoga Allah S.W.T sentiasa berada di sisi kita semua saat susah mahupun senang.

Ya Allah, sesungguhnya hambamu ini sentiasa leka dgn nikmatmu. Ampunilah segala dosa-dosaku di dunia ini. Aminn Ya Ra’bal A'lamin....


0 comments:

Post a Comment