Saturday 3 November 2012

I have a dream

Assalamualaikum


Setiap insan pasti mendambakan kebahagian dalam hidup mereka suatu hari nanti. Setiap hari kita memasang impian dan angan-angan utk mencapai kebahagiaan tersebut. Terkadang kita tidak menyedari bahawa ia mungkin sukar utk digapai. Tapi, bak kata seorang guruku, tak salah utk kita memasang impian, kalau boleh impikanlah sesuatu yg luar biasa supaya kita akan berusaha utk memperolehnya kerna kita tidak dikenakan sebarang bayaran utk bermimpi. Tapi, apabila berada di satu tahap, kita perlu pasrah dan redha dgn apa yg telah Allah S.W.T kurniaankan dalam hidup ini. Redhalah apabila kita sudah puas berusaha namun tidak jua mampu utk mengapai mimpi tersebut. Di sini, yakinlah bahawa mimpi itu bukan hak milik kita. Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utk setiap hamba-hamba-Nya. Kita hanya mampu merancang namun Allah S.W.T jua yg menentukan.

Apa yg pasti, ku berharap agar dapat menjadi anak yg solehah dan taat pada kedua ibu bapaku yg tercinta serta menjadi hamba yg patuh atas segala suruhan dan larangan drpd Allah Yang Maha Pengasih. Sesungguhnya, diriku ini adalah milik-Nya. Ku jua mengharapkan agar cemerlang dalam kehidupan di dunia dan di akhirat bersama-sama dgn keluarga yg ku cintai. Aminn...


0 comments:

Post a Comment