Monday 24 December 2012

ZAMAN NAKALKU


Assalamualaikum

Bila sebut sahaja zaman kecil2 dahulu, pasti akan ada peristiwa yg tak dapat dilupakan bukan sahaja kpd aku malahan org lain juga. Masa aku kecil dahulu, aku terlalu hyperactive dan talkative. Aku suka buat perkara yg akan mendatangkan kemarahan org lain. Pantang ada benda dlm rumah yg rosak, aku akan baiki. Kadang2 tu sampai berebut-rebut dgn abah, yg seronoknya abah turut akan ajar aku cara2 utk baiki itu dan ini. Haha, kata abah kita kena belajar sesuatu supaya tidak terlalu bergantung kpd org lain bila besar nanti. Aku sayang sgt kat abah. Macam2 yg aku baiki hinggalah mendapat kepercayaan drpd mak dan abah utk baiki something yg basic sendiri. Memang dari kecil lagi sekitar usia 7 tahun abah telah ajar aku cara utk berdikari. Aku akui kata2 seorang pensyarahku iaitu anak yg tengah nie lebih berdikari drpd anak sulung dan bongsu. Haha, Alhamdulillah, sampai sekarang aku mampu utk berdiri atas kaki sendiri.

Oleh itu, aku sentiasa diamanahkan utk membeli barang2 di kedai. Hai, tak ada muka lain ke yg nak ke kedai sampaikan tuan kedai tu dah cam muka aku. Jalan tu kalau boleh bercakap mesti dia akan kata yg dia dah muak tgh muka aku tiap2 hari. Tapi nak buat mcm mana, arahan mak tak boleh langgar nanti dosa tau. Ada suatu hari tu, CD player kat rumah aku rosak, masa tu teknologi tak berapa nak advance mcm hari ini. Aku nak baiki tapi mak suruh tunggu abah pulang drpd kerja. Tetapi kerana sikap yg tak sabar aku nie, aku tekad juga utk baiki sendiri tanpa tunggu abah balik. Bila tengok line clear jer sebab mak masa tu ada kat dapur, aku terus ambil screwdriver abah dan memulakan process baik pulih tersebut. Tengah aku dok check apa yg rosak, aku tak sedar yg mak ada kat belakang dan apa lagi mengamuklah mak marah kat aku. Hahaha, aku boleh ketawa jer. Balik sahaja abah, mak terus cerita tentang hal aku. Tapi abah boleh siap tanya lagi kat aku samada aku dapat baiki ke tak. Hahaha, terbaiklah abah.


Zaman kanak-kanakku sgt best dan sampai sekarang pun akan tersenyum sendiri bila teringat kembali kenangan tersebut. Tapi sekarang perangai dah berubah sedikit, hahaha, tak lagi degil mcm dulu, lebih polite...yer ker? Banyak kenangan aku masa kecil yg tak dapat aku lupakan dan tak boleh dibeli dgn wang ringgit. 

0 comments:

Post a Comment