Thursday 23 May 2013

AFTER 3 MONTHS

Assalamualaikum....

Lamakan aku tak update apa-apa pun di blog baru aku nie? Nak kata tak ada idea, ada banyak jugaklah yang nak dikongsi cuma tak sempat jer nak menaip. Manakan tidak, nak kejar masa ke tempat kerja lagi, nak siapkan interim report aku lagi. Semua ini memeningkan kepala aku. Tapi, kali nie aku ada masa sikit untuk luangkan masa kat blog nie, saja nak berceloteh pasal praktikal. Pejam celik pejam celik dah pun 3 bulan aku praktikal dan hanya tinggal 3 bulan jer lagi untuk aku habiskan praktikalku yang mengambil masa selama 6 bulan nie. Kata staff kat ofis aku, aku adalah pelajar praktikal yang paling lama menjalani latihan praktikal kat situ. Wahhh, aku berjaya memecahkan rekodlah nampaknya. Manakan tidak, pelajar lain hanya praktikal 4 bulan jer. Hehehe...


Setiap pagi, dah jadi rutin harian aku untuk bertolak ke tempat praktikal sekitar jam 6.40 pagi. Kalau lewat sikit, abah akan mengeluarkan kuasa vetonya suruh cepat-cepat bertolak sebab takut jalan jem. Memandangkan jalan ke tempat praktikal aku sehala dgn sekolah anak-anak sepupuku, aku telah diamanahkan untuk menhantar diorang ke sekolah tiap-tiap pagi selama 6 bulan nie.. mak ayah diorang memanglah lega tapi aku yang sensara kerana letih melayan macam-macam kerenah diorang tiap-tiap pagi. Dah macam baby sitter pun ada jugok aku rasa kadang-kadang tu tapi yang kerapnya aku rasa macam driver diorang lah pulak. Hurmm...

Aku masuk kerja pukul 8 pagi dah balik pada pukul 5 ptg. Ramai staff kat sini yang kata aku on time terutamanya masa time nak balik, sapa yang tak nak balik awal kan??? Perkara paling stress kalau time jalan jem dan aku pula akan asyik tgk jam nak set masa utk punch card. Pernah sekali tu, aku punch card pukul 7.59 pagi, nasib baik kad aku tak merah..fuhh lega rasa. Semuanya bergantung pada keadaan pagi tu, tapi biasanya aku akan dok tercongok kat dalam ofis 10 minit sebelum pukul 8 pagi lagi..hahaha...

Ok, citer pasal praktikal nie aku boleh katakan banyak jugak pengalaman yang aku dapat. Cara nak uruskan masa, berkomunikasi dgn pegawai atasan, dengan pembekal, para tetamu dan sebagainya. Akak dalam ofis aku pun sentiasa membantu aku dan sedia memberi tunjuk ajar kalau aku tak tahu sesuatu perkara tu. Pendek kata, aku beruntung praktikal kat sini, suasana persekitaran yang tak terlalu tertekan dan mesra dengan semua orang even aku hanyalah pelajar praktikal.

Sekian dulu buat kali ini.Next time, aku share lagi experience aku masa praktikal k...bye...Assalamualaikum..

Kat sini aku sertakan gambar pantai yang sempat aku ambil masa on the way nak balik rumah hari tu..


INDAHNYA NEGERI KELAHIRANKU...

ALHAMDULILLAH

1 comments: