Friday 2 November 2012

MID-TERM

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, malam nie selesai sudah satu test iaitu Business Ethics. Nasib baik baca buku, semua soalan yg ditanya drpd buku. Tetapi, entah kenapa hati nie masih lagi teringat kat test tadi. Masa yg diperuntukkan hanya 1 jam 15 minit utk menjawab 75 soalan. Kelam-kabut aku nak menjawab soalan. Soalan yg ditanya jangan cakaplah, sangat mengelirukan ditambah pula dgn kes-kes yg berkaitan dgn etika. Habis jer test dan keluar dewan terus jer terasa “LAPAR”. So, aku dan kawan2 pun pergilah kat salah satu kedai makan yg berdekatan. Tak boleh pergi makan kat tempat jauh sebab dah malam dan tak manis dipandang orang. Call mak bagi tahu  yg test dah selesai, itu memang menjadi perkara wajib utk call tiap kali sebelum dan selepas test atau exam. Sambil tunggu makanan, aku dgn selambanya bukak text book aku. Kawan aku kata “eh jgn semaklah, kita ada 2 test lagi minggu depan, nanti asyik piker yg nie jer”. “tak apelah, hati aku tak sedap kalau tak tengok, biarlah salah ke betul ke as long as aku tahu jawapannya”. Memang macam tu lah selalunya kalau aku jawab test atau exam. Even roommate aku sendiri pun marah kalau aku semak lepas exam. Tabiat yg tak boleh diubah.



Bagiku, lebih baik aku tahu sekarang drpd tahu kemudian. Macam tipu diri sendiri jer rasanya. Tapi, aku betul2 risau pasal test tadi. Lecture pulak asyik dok tepi meja jer, nak pikir pon susah. Haish....minggu depan aku ada 1 presentation dan 2 test (hari yg sama) sebelum balik kg sebelah malamnya utk cuti mid semester. Hooreyyyy....INSYAALLAH.

0 comments:

Post a Comment