Wednesday 19 December 2012

LAST CLASS

Assalamualaikum


Hari ini secara officially, berakhirlah sesi kejar mengejar ke kelas or dewan kuliah. Sayu jer hati bila tengok wajah lecturer yg dah anggap kami seperti anaknya sendiri. Perasaan sedih juga bertandang bila tengok wajah rakan2 dari negara China yg akan pulang semula ke tanah air mereka. Mungkin ada yg akan melakukan internship di Malaysia tapi aku yakin dan percaya ramai lagi yg akan internship kat China. Pengalaman suka dan duka selama berkawan dgn mereka selama 2 thn ini menjadi kenangan yg terindah utk dibawa pd masa hadapan. Hanya gambar sahaja yg akan menjadi pengubat rindu suatu hari nanti. Tadi pun, habis sahaja kelas, berjumpa dgn salah seorang kawanku, dan dia kata “this is our last class right?”, terus peluk dgn perasaan yg sayu sgt (yg aku peluk nie girl ok).

Thank you for my lecturers and friends..always remember u 


Maka, selepas ini bermulalah internshipku yg berbaki sebulan lebih sahaja dari sekarang. Semoga aku akan berjumpa kembali dgn rakan2 di hari konvokesyen kami nanti. InsyaAllah... semuanya dgn izin Allah S.W.T. Aku mula percaya kpd ungkapan “setiap pertemuan pasti akan ada perpisahannya”. Diharapkan dgn ilmu yg aku pelajari di alam universiti selama 4 thn ini akan mampu mematangkan kami utk menempuh hari2 yg mendatang yg pastinya penuh dgn cabaran dan rintangan. Ini hanyalah permulaan utk aku menuju ke arah kejayaan.

Different language but the meaning is the same.... :) 

Diharapkan, kami akan berjaya dalam kehidupan masing2 selepas ini. Good luck to all my friends for our last final exam tidak kiralah dari Malaysia atau China. Selamat memulakan pelayaran baru selepas ini. 

USAHA + TAWAKAL = KEJAYAAN

I WILL MISS U GUYS  

0 comments:

Post a Comment